Tentang Kami

RIHURA TELAH MEMBANTU RAMAI KAUM IBU, ANAK-ANAK & SEISI KELUARGA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT DENGAN KAEDAH PENGAMALAN KURMA AJWA MADINAH ORIGINAL SEGAR RIHURA.

Bertapak dalam Industri sejak March 2020 yang lalu, Rihura merupakan perniagaan usahawan Bumiputera yang telah membantu ramai individu yang terdiri daripada kalangan kaum ibu, anak-anak dan seisi keluarga dalam mendapatkan makanan sunnah terbaik Kurma Ajwa Original Madinah Rihura yang segar dan stok terbaharu. Hampir 10,036 pek Kurma Ajwa Rihura telah terjual.

Kurma Ajwa Original Madinah dari Rihura juga merupakan penyelesaian kepada ibu-ibu yang prihatin akan kesihatan dan pemakanan anak-anak. Ia memberi kesan terbaik sebagai milkbooster, brain booster dan energy booster.
Bermula dengan masalah kesihatan yang serius sehingga terpaksa mengubah gaya hidup dan pemakanan, Rihura ditubuhkan bagi membantu masyarakat dalam mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Kisah Founder Rihura

Bermula dengan masalah pendarahan 3 bulan berturut-turut tiada penyelesaian dari klinik dan hospital yang dialami oleh Founder Rihura sendiri, Puan Zushazrina Zulkifli. Beliau turut menggunakan kaedah rawatan Islam untuk ikhtiar masalah pendarahan yang tidak henti-henti tersebut, namun tidak lama kemudian selepas berubat, masalah pendarahan tersebut berlaku lagi dan lagi tidak berhenti.

Sehinggalah beliau bertekad tidak mahu ke mana-mana klinik dan hospital lagi kerana kecewa jawapan yang diterima dari doktor adalah Beliau tidak ada apa-apa penyakit, tidak ada kanser, tidak ada masalah berkaitan rahim, tidak ada masalah fibroid, cyst dan lain-lain. Setiap kali buat checkup, pasti tiada apa-apa solusi tetapi pendarahan tetap turun tanpa henti-henti (Istihadah berbulan-bulan).

Sehinggalah satu hari, beliau hampir pitam dan pengsan, ketika itu doktor sarankan untuk makan makanan yang dapat tambah darah dalam tubuh. Asbab seorang kawan juga telah memberitahu info berkaitan pemakanan kurma Ajwa untuk tambah darah, Puan Rina mula mengamalkan buah syurga Kurma Ajwa pada Februari 2020.

Hari demi hari, tahap kesihatan terasa lebih baik. Asbab amal Kurma Ajwa setiap hari dengan cara yang betul, masalah pendarahan yang misteri tiada lagi. Sujud syukur! Masalah pendarahan sebelum ini beri kesan kepada kehidupan seharian, emosi diri dan juga rumah tangga. Akhirnya sudah selesai, masalah gangguan hormon dan gangguan tubuh badan tiada lagi.

Sejak terbukti ikhtiar makanan sunnah kurma Ajwa Asli Madinah dan sembuh, beliau tekad untuk terus amalkan pemakanan ajwa dengan kaedah yang betul dalam kehidupan seharian. Tidak terhenti di situ, beliau melihat ramai wanita yang berselindung dengan masalah kesihatan mereka alami terutamanya masalah hormon, pendarahan, masalah kandungan serta pemakanan yang tidak sihat ibu dan anak.

Maka, Rihura telah ditubuhkan dalam membantu masyarakat terutamanya kaum ibu dan anak-anak untuk hidup lebih gembira dan bermakna. Kerana kami percaya, pemakanan yang sihat adalah sumber kesihatan yang baik. Kekayaan utama adalah kesihatan berbanding dari segalanya.

“Rihura adalah peluang dan ruang baru untuk hidup lebih sihat dan bahagia bersama seisi keluarga, nikmati masa yang ada dengan sebaiknya”

Puan Zushazrina Zulkifli
Founder Rihura

VISI RIHURA

Menjadikan Rihura sebagai pengeluar kurma Ajwa original sebenar, kualiti Premium, Segar serta Mampu Milik bagi semua golongan masyarakat Malaysia dan memberi peluang menjana pendapatan kepada individu dan peniaga di Malaysia, Indonesia dan Singapore.

MISI RIHURA

Menjadi pilihan utama masyarakat bagi solusi masalah kesihatan wanita dari segi kaedah pengamalan produk sunnah berkualiti tinggi mampu milik dan membantu usahawan membina perniagaan untuk bangkit dan berjaya dunia akhirat bersama.

OBJEKTIF RIHURA 

  • Membantu menyelesaikan segala masalah pelanggan yang berkaitan
  • Memasarkan produk ke seluruh Malaysia dan seluruh negara
  • Memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna produk Rihura
  • Membuka peluang dan pengambilan Dropship, Agent & Stokis di seluruh Negeri
  • Menjana pendapatan syarikat, stokis, agent dan dropship ke arah lebih berjaya dan dinamik.

BERMINAT MENJADI USAHAWAN RIHURA?