Luka bersalin bukan sahaja menyakitkan tetapi juga mencacatkan penampilan seorang isteri di depan suami. Pada masa tertentu luka ini akan lebih menyakitkan atau barangkali terbuka kerana rahim akan mengecut dan merasa sakit pada bahagian jahitan  dan mungkin berasa lebih tajam terutama semasa menyusukan bayi anda. Di sini ingin kami kongsikan sedikit tips atau panduan penjagaan luka bersalin dan cara untuk memulihkannya dengan berkesan dan cepat.

luka bersalin

Imej via [PantangPlus]

Tips Pulihkan Luka Bersalin #1 Cuci Luka

Setelah selesai mandi atau buang air, baringkan diri anda dan lap kawasan luka kering-kering menggunakan tisu gulung ataupun tuala bersih. Anginkan luka sebentar dalam lingkungan 5minit sebelum diletakkan ubat kuning.

Selepas meletakkan ubat kuning, anginkan dan keringkan semula lagi 5minit. Untuk proses pengeringan, anda sama ada boleh gunakan kipas kecil yang banyak terjual di pasaran ataupun hairdryer. Namun jika menggunakan hairdyer perlulah lebih berhati-hati kerana ianya mungkin sedikit panas dan mungkin boleh menyakitkan sakit tanpa sedar.

 

Tips Pulihkan Luka Bersalin #2 Spray Bottle

Belilah botol spray yang kecil untuk diisi ubat kuning. Botol ini mudah didapati dikedai 2 ringgit atau Watson. Spray ubat kuning dengan banyak pada lipatan jahitan supaya bahagian dalam jahitan juga terkena dan akan cepat sembuh. Ubat kuning jika habis boleh diminta lagi di Klinik Kesihatan jadi jangan jimat-jimat menggunakannya jika mahu luka cepat sembuh.

Kalau pakai kapas harus di dab-dab kan lebih sedikit pada tempat luka namun sangat disarankan menggunakan spray kerana dikhuatiri ubatnya tidak kena pada luka dalam jahitan menyebabkan benang terbuka.

luka bersalin

Imej via [theAsianparent]

Tips Pulihkan Luka Bersalin #3 Kurangkan Berjalan Tetapi Boleh Bersenam

Disarankan anda jalan kepit supaya lagi cepat daging bercantum. Berjalanlah hanya bila perlu dan melakukan senaman kegel atau lebih dikenali sebagai senaman kemut. Senaman ini adalah senaman menguatkan otot pelvis. Senaman ini boleh dilakukan dalam keadaan berbaring dengan kaki dan peha dirapatkan minimum 20kali sehari untuk kesan yang lebih baik.

 

Tips Pulihkan Luka Bersalin #4 Tukar Pad Setiap 2 – 4Jam Sekali

Jika anda kerap tukar pad maka sekaligus jahitan dapat selalu dianginkan. Sekiranya anak sering meragam maka lakukanlah sekerap mana yang mampu. Jika boleh janganlah menunggu sehingga 5-6jam kerana dikhuatiri luka jahitan lambat sembuh. Anda juga boleh melecet selain akan mudah terkena kuman.

luka bersalin

Imej via [Motherhood]

Tips Pulihkan Luka Bersalin #5 Pengambilan Vitamin C

Pengambilan vitamin C sangat membantu mempercepatkan penyembuhan luka jahitan. Untuk original Vitamin C, anda bolehlah mengambil buah oren supaya luka cepat kering dan cepat sembuh. Bagi mereka yang tidak gemarkan buah oren, boleh juga membeli Vitamin C tambahan di farmasi.

Tips Pulihkan Luka Bersalin #6 Air Garam

Kebanyakkan orang berpendapat bahawa air garam mampu mencantumkan luka dengan cepat. Maka anda disarankan spray air garam dengan kerap di luka jahitan selepas buang air. Jika anda boleh kerap berendam air garam juga adalah sangat digalakkan. Lakukan sekerap mungkin untuk memulihkan luka dengan lebih cepat dan berkesan.

 

Tips Pulihkan Luka Bersalin #7 Pengambilan air putih, buahan dan sayuran

Meminum air putih secukupnya sememangnya banyak membantu dalam kehidupan seharian kita. Minum air putih sekurang-kurangnya 2liter sehari dapat mengelakkan sembelit. Begitu juga dengan mengamalkan buah dan sayuran hijau. Selain itu, pengambilan susu yang kaya dengan kalsium juga boleh mengelakkan sembelit. Bagi anda yang tidak gemarkan buah-buahan atau sayuran dan susu, anda juga boleh mengamalkan Osteomatrix Calcium. Elakkan diri dari terkena sembelit kerana ia boleh mengganggu tempat jahitan dan dikhuatiri boleh terbuka jika anda selalu meneran akibat semebelit yang teruk.

luka bersalin

Imej via [gewmiza]

Nah! Itulah dia antara panduan untuk memulihkan luka bersalin dengan cepat dan berkesan. Ini juga adalah antara tips paling basic penjagaan luka jahitan yang selalunya dinasihatkan dan diamalkan oleh misi-misi di klinik kerajaan itu sendiri. Semoga bermanfaat!

Rujukan:

  1.    mingguanwanita
  2.    hmetro
  3.    siraplimau