Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Begitulah kata pujangga yang sinonim dengan kebanyakkan wanita di dunia. Insan yang bernama wanita itu sangat peka dengan keadaan sekeliling terutamanya jika melibatkan kecantikan dan kesihatan. Keinginan untuk mengetahui tentang tips-tips mengenai kesihatan dan kecantikan itu lahir sejak azali dalam kalangan para wanita.

Kurma adalah salah satu  buah yang merupakan sunnah nabi yang para wanita harus dan wajib tahu akan kebaikannya. Ikuti sebab-sebab di bawah mengapa kurma bagus untuk mengekalkan kesihatan wanita.

manfaat kurma

Imej via [alhadiy]

1.  Membantu mencegah penyakit kronik

Kajian menunjukkan mengamalkan pengambilan kurma setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis. Kurma mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang membantu menyihatkan sel darah merah untuk melawan penyakit kronik. Banyaknya kandungan nutrisi tersebut dalam kurma yang dapat memberikan banyak manfaat kepada kesihatan seterusnya mencegah penyakit kronik. Mengikut kajian kaum arab,wanita atau sesiapa sahaja yang sering mengamalkan buah kurma dalam diet seharian menunjukkan kadar penyakit jantung dan kanser yang sangat rendah.

2.  Menyubur dan memudahkan kehamilan

Mengikut beberapa Professor Madya, kurma mampu bertindak sebagai agen pemanas badan untuk merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung. Buah kurma juga dapat memudahkan wanita bersalin atau melahirkan serta memberi tenaga tambahan. Buah ajaib ini berperanan secara signifikan dalam kehamilan yang sihat kerana dapat membantu risiko anaemia. Selain itu, amalan kurma dapat membantu mengatasi morning sickness dan mengatur kadar gula dalam darah.

3.  Agen pembunuh kuman dalam tubuh

Sahabat nabi iaitu Saidina Ali r.a pernah meriwayatkan bahawa sesiapa yang memakan 7 butir tamar setiap pagi, ianya secara tak langsung dapat membunuh kuman di dalam badan. Datuk Yusuf Taiyoob juga berkata amalan memakan kurma sangat baik untuk kesihatan tubuh kerana ianya dapat membunuh kuman yang terkandung di dalam badan.

Kurma mengandungi nilai-nilai kesihatan yang tinggi termasuk kandungan kalori dan karbohidrat yang mudah dicernakan oleh tubuh. Kuman secara tak langsung dapat dihapus apabila kita kerap mengamalkan pengambilan kurma.

 

4.  Mencerdaskan minda dan membantu tumbesaran

Bukan sahaja kanak-kanak malah wanita juga sangat digalakkan mengambil kurma kerana ia dapat membantu menguatkan daya tahan tubuh, menggalakkan pertumbuhan tulang sekaligus membina minda yang sehat. Amalan memakan kurma sangat digalakkan untuk wanita hamil untuk membentuk otak yang sihat buat bayi dalam kandungan. Makanan yang sihat seperti kurma dapat memenuhi keperluan fizikal baik wanita atau lelaki agar tubuh badan dan minda berfungsi dengan baik. Kurma sangat sihat untuk membantu perkembangan mental dan mengawal keadaan emosi seseorang terutamanya wanita yang emosinya mudah terusik.

manfaat kurma

Imej via [Popmama]

5.  Pemberi Tenaga

Ahli sains Mesir telah membuat kajian dan membuktikan bahawa kurma mampu membekal tenaga dengan pantas. Kerana itu Allah pernah berfirman kepada Saidatina Maryam  untuk memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s supaya beliau mendapat bekalan tenaga yang secukupnya saat bersalin. Umum tahu bahawa ketika wanita melahirkan, mereka akan kehilangan banyak darah dan tenaga semasa proses kelahiran. Nah, dengan memakan kurma, tenaga yang hilang dapat dipulihkan dengan segera.

 

6.  Memupuk sifat penyabar dan bersopan santun

Rasulullah pernah bersabda, “Berilah makan buah kurma kepada isterimu yang hamil”. Hal ini kerana sekiranya wanita hamil memakan kurma nescaya anak yang lahir nanti mempunyai sifat yang sabar dan bersopan santun serta cerdas pemikirannya. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, memetik kata-kata hikmat ini benarlah Islam mengajar kita mendidik anak sedari dalam kandungan ibu. Buah kurma mampu membentuk  insan yang berperibadi luhur justeru itu wanita hamil yang mengidamkan anak yang berkeperibadian mulia boleh cuba untuk mengamalkan kurma.

 

7.  Membantu meringankan sembelit

Kurma sangat terkenal dan ampuh untuk merawat masalah sembelit. Saintifiknya, kurma sangat membantu mengubati ganguan usus dan mengatasi sembelit. Kurma mengandungi serat larut dan tidak larut serta banyak asam amino yang membantu stimulasi pencernaan makanan dan memastikan perjalanan yang lancar melalui usus dan perut seterusnya mengelakkan berlakunya sembelit. Kurma juga dapat menyerap nutrisi dengan lebih baik oleh saluran pencernaan.

      

manfaat kurma

Imej via [SirapLimau]

8.  Mengubati lemah syahwat

Sebuah penilitian mendapati bahawa buah ajaib ini serta minyaknya dapat membantu meningkatkan fungsi seksual. Komponen kurma yang tinggi dengan kandungan estradiol dan flavonoid boleh meningkatkan jumlah sperma dan ovum. Penyelidikan lain yang dijalankan di negara India juga mendapati sari bunga kurma dapat merawat ketidaksuburan yang banyak dirawat secara tradisional. Kurma yang organik adalah bahan penggalak nafsu syahwat secara semulajadi.

 

9.  Mencegah rabun senja

Kejadian rabun senja seringkali dikaitkan dengan kurangnya Vitamin A di dalam badan. Justeru itu, wanita atau sesiapa sahaja sangat digalakkan untuk mengambil kurma sebagai langkah untuk mencegah kebutaan di malam hari atau lebih dikenali sebagai penyakit rabun senja. Kurma sangat kaya dengan vitamin A jadi kerana itulah mengamalkannya setiap hari dapat membantu tahap penglihatan seseorang. Peliharalah mata kita melalui pemakanan kerana mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik, makan kurma adalah salah satu jawapannya.

10.  Mengubati diarrhea

Kurma mengandungi potassium yang tinggi jadi ianya sangat baik dan efektif untuk melawan diarrhea. Dengan memakan kurma,ia dapat membantu melancarkan sistem pencernaan kita agar penyakit diarrhea dapat dihindari. Jangkitan pada salur pencernaan kita yang disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit yang kebiasaannya boleh menyebabkan diarrhea atau mudah dikenali sebagai penyakit cirit-birit. Kurma yang diambil bersama pisang juga boleh meningkatkan lagi pemulihan masalah diarrhea.

manfaat kurma

Imej via [steemit]

11.  Meningkatkan kesihatan tulang

Menerusi Jurnal Food Science and Nutrition ada mengkhabarkan buah-buahan kering seperti kurma dapat memperkuat tulang dan melawan osteoporosis. Selenium, mangan, tembaga dan magnesium yang terkandung dalam kurma organik dapat mengelola kesihatan tulang khususnya wanita dan warga emas. Banyak pakar-pakar doktor yang menyarankan pengambilan kurma kerana ianya salah satu buah nutrisi yang mempromosi untuk mendapatkan tulang yang sihat. Kerana kurma sangat kaya dengan mineral dan magnesiumnya maka tidak hairanlah jika ianya sangat membantu dalam pertumbuhan tulang yang kuat.

 

12.  Menjaga berat badan

Kurma yang sangat kaya dengan gula, protein dan banyak vitamin yang lain sangat penting untuk diet seharian. Jika diamalkan memakan kurma secara konsisten, ianya dapat menjaga berat badan seseorang pada tahap yang normal dan seimbang. Serat larut dan tidak larut di dalam kurma dapat membuat perut merasa lebih cepat kenyang. Hal ini secara tidak langsung  dapat menekan nafsu makan dan menghindari kita daripada makan dengan lebih banyak.

13.  Menghilangkan gejala SAR

Menurut kajian pada tahun 2002, organik sulfur yang terdapat pada kurma memiliki impak positif untuk merawat penderita sakit SAR (Seasonal Allergic Rhinitis). Sulfur yang disumbangkan oleh kurma terhadap diet manusia adalah sangat effisien dalam membendung gejala penyakit ini. Aspek yang paling utuh dari kurma adalah kehadiran sulfur organik dari dalam benih kurma itu sendiri. Boleh mencuba petua ini jika anda salah seorang penghidap penyakit SAR demi mengurangkan sedikit alahan tersebut.

 

14.  Melebatkan rambut

Wanita dan rambut tidak dapat dipisahkan kerana rambut adalah mahkota wanita jadi untuk mendapatkan rambut yang lebat dan bersinar adalah menjadi idaman para wanita. Bukan sekadar buahnya sahaja, biji kurma juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Biji kurma boleh ditumbuk sehingga lumat kemudian dicampur dengan minyak zaitun serta madu untuk dioleskan di kepala. Kekerapan melakukan petua ini InshaAllah boleh melebatkan rambut dan mengatasi masalah botak terutamanya buat wanita di luar sana yang sangat bimbang memiliki rambut yang nipis yang boleh mencacatkan penampilan mereka di depan suami tercinta.

 

15.  Sumber antioksida

Kurma adalah sumber antioksida yang sangat bagus. Kegunaan antioksida ini dapat menghindari badan dari sebarang radikal bebas. Tahukah anda jika kita mudah terkena radikal bebas,kita akan lebih mudah menghidap kanser. Mengamalkan buah kurma dalam diet seharian membantu diri kita untuk terlepas dari sebarang kemungkinan untuk menghidap penyakit kanser.

 

manfaat kurma

Imej via [Indomedia]

16.  Menyembuhkan demam berdarah/denggi berdarah

Kajian juga menunjukkan memakan buah kurma boleh meningkatkan jumlah platelet darah/sel darah putih pada pesakit yang menghidap demam berdarah. Apabila seseorang terkena penyakit denggi berdarah yang disebabkan oleh nyamuk aedes,  sel darah putih akan menurun secara drastik, itu yang menyebabkan pendarahan dalaman yang merosakkan organ.

Perbandingan pesakit yang mengamalkan kurma sehari menunjukkan peningkatan plat darah sebanyak 23.9% sehari berbanding mereka yang tidak adalah sebanyak 8.09% sahaja sehari. Pentingnya mengambil kurma semasa menghidap denggi berdarah dapat memberi kekuatan kepada sistem kekebalan tubuh dengan meningkatkan antibodi dan penghasilan sel darah putih.

 

17.  Menghindarkan strok

Kemungkinan untuk terkena strok dapat dielakkan sekiranya seseorang mengambil kalium 400mg/sehari. Keperluan kalium ini dapat dipenuhi sekiranya kita mengambil minimum 5biji buah kurma sehari. Kurma mengandungi kalium di dalamnya maka ianya sangat baik untuk menghindarkan strok. Wanita selalunya lebih cenderung untuk memilih jus berbanding mengambil buah, jika mahu mengamalkan jus kurma juga boleh tetapi pastikan anda memilih yang asli untuk kesan yang lebih baik.

 

18.  Mencegah insomnia

Insomnia atau mudah difahami penyakit sukar tidur malam seringkali dialami oleh kebanyakan wanita masa kini. Kesannya keseimbangan badan mulai terganggu lantaran sistem metabolism tubuh wanita yang tidak teratur. Kandungan vitamin B3 yang terdapat pada buah kurma dapat membantu mengurangkan tanda-tanda insomnia. Bagi para wanita yang menghidap insomnia, adalah sangat disarankan untuk mengambil kurma.

manfaat kurma

Imej via [Hijabista]

19.  Membantu menguatkan otot

Siapa sangka di antara manfaat kurma adalah dapat menguatkan otot. Wanita seringkali menghidap lenguh-lenguh badan atau lesu terutamanya ketika datang haid. Justeru itu pengambilan kurma adalah sangat digalakkan. Hal ini kerana kurma segar mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi berbanding buah-buahan yang lain. Di dalam buah kurma terdapat lisin atau asam amino yang berperanan penting untuk perkembangan otot yang baik.

 

20.  Mencantikkan kulit

Tanyalah kepada mana-mana wanita, mereka pastikan mahukan kulit yang cantik semulajadi. Nah, kurmalah jawapannya. Kurma mengandungi asid salisilik yang berguna untuk kecantikan kulit. Dalam dunia kecantikan, asik salisilik ini dipakai untuk bersihkan kulit dari pelbagai masalah kulit seperti jerawat, bintik-bintik hitam dan muka yang berminyak.

Harini kurma bukan sahaja dimakan pada bulan Ramadhan bahkan setiap hari terutama wanita yang menjaga kesihatan dan berdiet. Wanita menjadikan kurma ini sebagai kudapan di masa senggang mereka. Kerana itulah wanita yang cantik dan berseri dalaman dan luarannya adalah kerana mereka gemar memakan kurma. Bagi para wanita yang inginkan cantik yang asli, mulai hari ini bolehlah mengamalkan kurma dan ketepikan kudapan yang tidak berkhasiat! Ucapkan selamat tinggal kepada jajan!

 

Rujukan:

1.soalandanjawapan

2. tribunnews

3. utusan

4. hidayahislammedia