Seringkali kita membaca artikel-artikel yang menyebutkan tentang kelebihan memakan Kurma Ajwa. Penyataan yang masyhur disebutkan adalah mengamalkan Kurma Ajwa mampu menghindari seseorang daripada terkena sihir.  Apakah benar perkara ini?

MAKAN AJWA ATASI SIHIR

Dakwaan ini sebenarnya datang dari hadis Nabi SAW daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [ al-Bukhari ,5445/Muslim, 2047]

Pengkhabaran tentang fadhilat membenteng diri dari sihir ini bersifat ghaib, namun ia datang dari Nabi SAW dan semestinya Nabi SAW mendapat wahyu dari Allah SWT. Maka tidak adalah lagi kesangsian terhadap perkara ini.

Jika kita meneliti kitab syarah terhadap hadis ini, kita akan menemukan pelbagai syarahan daripada ulamak.

Kata Al Khattabi seperti mana dinukilkan oleh Imam Ibnu Hajar Al Asqalani di dalam Fathul Bari: “Kurma Ajwa bermanfaat untuk mencegah racun dan sihir dikeranakan do’a keberkahan dari Nabi s.a.w terhadap kurma Madinah bukan kerana zat kurma itu sendiri.”

Imam Al Nawawi menyebutkan di dalam Syarah Sahih Muslim: “Maka wajib beriman dan menerima hadis ini.Serta menyakini kelebihan dan hikmahnya. Sepertimana ketetapan bilangan solat dan kadar nisab zakat.”

Apakah hanya kurma Ajwa sahaja yang mampu mengelak dari sihir atau kurma lain juga terdapat fadilat ini?

Kebanyakan ulamak bersepakat mengatakan kelebihan ini hanya pada Kurma Ajwa sebagaimana disebutkan lafaz hadis.

Dinukilkan di dalam Ikmal AlMulim,Qadhi Iyadh berpendapat bahawa hadis ini hanya khusus untuk kurma Ajwa dan kurma yang ditanam di Madinah. Begitu juga pendapat Ibnu Al Tin yang mengatakan ianya khusus untuk kurma yang berada di Madinah sahaja.

Demikianlah kebenarannya,kurma Ajwa terbukti sahih mampu mencegah kita dari terkena sihir. Maka tidak hairanlah Nabi SAW bersabda:

الْعَجْوَةُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَهِيَ شِفَاءٌ مِنَ السُّمِّ

Maksudnya: “Kurma Ajwah itu berasal dari Surga, ia adalah ubat dari racun” [Ibnu Majah , 3453]

Namun diingatkan, ini hanyalah jalan ikhtiar untuk mengelakkan diri terkena sihir. Yang paling terutama adalah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah. Semoga kita dijauhkan dari kejahatan jin dan syaitan.

MAKAN AJWA ELAK SIHIR

KLIK WASAP DI SINI UNTUK KAMI BANTU

 

 

 

RUJUKAN:

https://salafcenter.org/3081/#_ftn17
https://dorar.net/hadith/sharh/151142
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3898-irsyad-al-fatwa-siri-ke-347-fadilat-memakan-tujuh-biji-kurma-adakah-khusus-buat-kurma-ajwah-madinah-sahaja-atau-umum-buat-semua-jeniskurma