Madu sangat terkenal akan manfaatnya sehingga kerap diamalkan oleh rata-rata golongan tidak kira muda atau tua. Ia biasanya dicampur dengan pelbagai bahan semulajadi yang lain seperti buah lemon sebagai perawatan kecantikan luar dan dalam.

Madu sama ada boleh di lulur atau digunakan terus melalui lidah. Madu sering dikaitkan dengan kecantikan jadi tidak hairanlah jika ramai wanita terutamanya yang mengamalkan madu dalam kehidupan seharian mereka.

15578c819a07e9d

Imej via [ms.pngtree]

Jom kita lihat pelbagai manfaat madu yang sangat terkenal dengan khasiatnya.

 

1.  Meningkatkan kekuatan badan

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [pixabay]

Mereka yang rajin minum madu dalam kuantiti yang disarankan amat bagus kerana dapat membantu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan. Mengamalkan madu dapat menghindarkan diri dari sebarang virus atau influenza.  Dengan mengambil madu secukupnya, ia dapat meningkatkan kekuatan badan supaya tidak mudah jatuh sakit.

 

2.  Sumber Nutrisi

ivMcTzL9mI8pl3V7KnbeSKPVTleUWZQT

Imej via [GLITZMEDIA]

Madu terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan tubuh.  Antara kandungan nutrisi madu adalah magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, dan kalium. Maka tidak hairanlah ramai yang mengagumi khasiat madu asli.

 

3.  Mencegah Penuaan

kulit satu

Imej via [inibaru]

Madu dapat juga di lumur pada wajah atau tubuh yang dicampur dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk mengekalkan kecantikan. Antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah.

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam madu sangat baik untuk melindungi sel-sel tubuh termasuk sel-sel kulit dari radikal bebas. Dengan perlindungan ini, sel-sel kulit lebih terpelihara dan terhindar dari penuaan yang banyak dikhuatiri terutamanya kaum wanita masa kini..

 

4.  Meningkatkan Kesuburan

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [muslimah]

Manfaat minum madu juga dapat dirasakan oleh pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Dengan mengamalkan madu, ia dapat meningkatkan kesuburan, baik untuk lelaki atau perempuan.

Hal ini telah dibuktikan oleh banyak pasangan sehingga ia patut diamalkan untuk pasangan yang sangat menginginkan zuriat. Tidak salah untuk kita berikhtiar dengan mengamalkan madu kerana Nabi Muhammad SAW juga mengambil madu di pagi hari setelah bangun dari tidur.

 

5.  Mengatasi Radang Tekak

khasiat madu untuk khasiat

Imej via [merdeka]

Jika ada mengalami sakit atau radang pada tekak, maka salah satu penyelesaian secara semulajadi adalah dengan mengamalkan madu. Cara ini telah banyak terbukti melalui klinik-klinik kesihatan yang memberi ubat sakit tekak yang berasaskan madu.

Ia boleh diambil bersama air suam untuk mengurangkan keradangan  tekak. Kita juga sering mendengar tentang “Strepsils”, juga berasaskan madu untuk mengubati sakit tekak malah sangat disarankan oleh doktor-doktor kesihatan Swasta mahupun Kerajaan.

 

6.  Mencegah Dan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [Jatim TIMES]

Kandungan antioksidan pada madu juga dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung untuk menghindarkan diri dari penyakit yang sangat merbahaya.  Dengan rajin meminum madu, ia akan melambatkan proses pengoksidaan kolestrol jahat yang berpengaruh buruk pada kesihatan jantung.

Tahukah kita bahawa penyakit jantung adalah pembunuh utama di seluruh pelusuk dunia serta ancaman terbesar bagi kesihatan manusia sejagat?  Meminum madu yang dicampurkan dengan lemon sebelum makan boleh membantu mencegah penyakit jantung koroner kerana kandungan vitamin C di dalam madu dapat melindungi otot-otot jantung akibat peradangan.

 

7.  Menurunkan Berat Badan

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [berpikiralami]

Madu juga sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Meskipun komponen madu dirasakan agak manis namun kandungan gula pada madu adalah semulajadi maka ianya tidak memudaratkan tubuh atau meningkatkan lagi berat badan.

Selain hanya mengamalkan madu, kita juga disarankan untuk melakukan senaman supaya ianya selari dengan hasrat kita yang menginginkan berat badan ideal.

Olahraga boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk seperti berjogging, berlari setempat atau bermain badminton. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan olahraga, diet seimbang dan dalam masa yang sama mengamalkan madu dalam diet seharian mampu menurunkan berat badan dan kolestrol dalam waktu yang singkat.

 

8.  Membersihkan Racun Dari Dalam Tubuh

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [Arbamedia]

Penggunaan madu sangat baik untuk membersihkan tubuh dari racun yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Perihal meminum madu ini sangat penting untuk diamalkan kerana apa sahaja yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan dan minuman seharian tidak dijamin bebas dari zat-zat racun.

Racun yang terdapat dalam tubuh tidak hanya menyusahkan di kemudian hari tetapi juga boleh memicu ke arah munculnya pelbagai penyakit kronik. Justeru, amalkan meminum madu bersama air suam yang dicampur lemon setelah bangun tidur untuk mengeluarkan racun dalam tubuh badan.

 

9.  Meningkatkan Metabolism Badan

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [Google]

Salah satu khasiat madu untuk kesihatan juga adalah meningkatkan metabolism badan sehingga pelbagai proses dalam tubuh dapat berjalan lancar.  Kandungan nutrisi seperti vitamin, protein, asam amino, karbohidrat, pigmen tumbuhan dan mineral di dalam madu yang membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh.

Madu memiliki peranan penting untuk mengawal obesiti. Ianya dapat merangsang organ di dalam tubuh untuk bekerja dengan lebih effisien untuk menurunkan berat badan kerana metabolism yang lancar secara tidak langsung akan membakar banyak kalori.

 

10.  Mengatasi Sembelit

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [cauchymurtopo]

Jika anda mengalami sembelit atau sinonimnya dikenali sebagi sukar untuk membuang air besar maka sebaiknya anda mula mengamalkan air madu. Minuman ini dapat membantu meningkatkan gerakan usus untuk mengatasi masalah sembelit. Tetapi juga disarankan mengambil madu dengan makanan lain yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan untuk mengatasi masalah sembelit ini.

Madu memiliki kandungan yang sangat positif terhadap sistem pencernaan kerana madu memperkuat usus dan sentiasa mempersiapkan pencernaan kita untuk makanan berat yang diambil agar terhindar dari sembelit. Itulah khasiat madu untuk kesihatan anda!

 

11.  Mengatasi Batuk Dan Selsema

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [dettol]

Kombinasi air suam dan madu juga baik diminum untuk merawat batuk dan selesema. Selain itu, mengambil teh bersama madu juga sangat terkenal dan diakui baik untuk merawat batuk dan selesema. Apabila madu digunakan sebagai pengganti gula, ia mempunyai kesan teraputik yang membantu proses pemulihan. Madu juga boleh dicampurkan dengan halia dan lemon untuk perawatan batuk dan selesema.

 

12.  Mengatur Kadar Gula Dalam Darah

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [hellosehat]

Khasiat madu untuk kesihatan juga adalah ia dapat mengawal gula dalam darah agar tetap stabil tanpa insulin. Minum air campuran madu semasa perut kosong dipagi hari dapat menurunkan tekanan gula dalam darah.

Untuk kesan yang lebih baik, madu boleh dicampurkan dengan 5 ulas bawang putih, sebiji lemon, dan 2 inci halia yang telah direbus dan diminum airnya. Kombinasi ini lebih bermanfaat dan berkesan untuk mengatur gula dalam darah.

 

13.  Mengatasi Perut Kembung

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [sitkes]

Mengalami perut kembung sungguh akan membuat aktiviti harian kita terganggu. Perut kembung boleh mengakibatkan hilangnya fokus kita untuk melakukan sebarang pekerjaan. Minum madu bersama kayu manis dapat mengurangkan gas yang terperangkap di dalam perut yang mengakibatkan kembung. Pastikan anda memilih madu asli untuk menghilangkan perut kembung dengan berkesan.

 

14.  Melawan Bakteria

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [Kumparan]

Madu adalah cairan manis yang secara semulajadinya diperoleh daripada lebah. Bukan hanya boleh dipakai sebagai alternatif gula namun madu juga terkenal dengan kemampuannya untuk melawan bakteria. Ketika bakteria masuk ke dalam tubuh, madu akan bekerja untuk menarik air keluar dari zat asing itu sehingga mengakibatkan bakteria itu menjadi tak berdaya kerana madu tidak mengandungi air yang cukup untuk bakteria terus hidup.

Gula bukan satu-satunya kandungan yang membuat madu menjadi pelawan bakteria tetapi kerana lebah menambahkan pengoksidaan glukosa sehingga madu menjadi sangat asam dan tidak mungkin bakteria mampu berkembang di dalamnya.

 

15.  Menambah Tenaga

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [mizatalib]

Air madu atau teh madu juga baik diamalkan ketika tubuh merasa kurang bertenaga kerana ianya dapat menambah tenaga dan membuat tubuh merasa segar.

Madu baik diamalkan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan menambah tenaga tetapi di dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Madu boleh dicampur dengan air suam supaya rasanya tidak terlalu manis atau secara tidak sengaja mengambilnya secara berlebihan.

Hanya dengan mengamalkan lebih kurang 17g madu, tenaga badan dapat ditingkatkan kerana fruktuso dan glukosa yang terkandung di dalamnya, masuk ke aliran darah dan memberikan dorongan yang cepat untuk menambah tenaga.

 

16.  Mengubat Penyakit Sukar Tidur Malam

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [HiMedik]

Bagi sesetengah mereka yang menderita penyakit insomnia, boleh cuba mengamalkan madu. Madu dapat merangsang serotonin di dalam tubuh untuk meningkatkan suasana hati dan kedamaian. Setelah meminum madu sebelum tidur, serotonin sel ini akan menukar kepada hormon melatonin yang boleh meningkatkan kualiti tidur. Justeru itu, sesiapa yang menghidap penyakit sukar tidur malam bolehlah mencuba petua ini.

 

17.  Penguat Ingatan

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [HiMedik]

Selain kismis, madu lebah asli juga sangat sinonim sebagai meningkatkan daya tahan memori. Madu sangat sesuai diamalkan terutamanya dalam kalangan pelajar bagi mudah mengingati apa yang dipelajari.

Madu merupakan terapi alternatif yang berhubungan dengan penurunan intelektual. Madu sangat kaya dengan antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak kerana itu ianya sangat dianjurkan sebagai penguat ingatan.

 

18.  Meningkatkan Prestasi Sukan

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [Wanita Kelantan]

Khususnya kepada atlet sukan, madu sangat digalakkan untuk meningkatkan stamina ketika berolahraga. Kerana madu dapat menjaga kadar gula darah supaya tetap stabil, kerana itu ianya sangat membantu dalam meningkatkan prestasi sukan dari semasa ke semasa.

Madu dapat mempercepatkan penyembuhan otot dan glukogen setelah penat berolahraga. Hebatnya, cairan manis dari madu ini dapat juga mengatur jumlah insulin dalam tubuh kita.

 

19.  Mencegah Penurunan Sel Darah Putih

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [hellosihat]

Mengamalkan madu adalah satu satu cara mudah dan murah untuk mencegah rendahnya jumlah sel darah putih yang disebabkan oleh kemoterapi. 40% penghidap penyakit kanser yang mempunyai jumlah darah yang sangat rendah tidak memiliki penurunan sel lebih lanjut setelah melakukan kemoterapi apabila mereka mula mengamalkan madu.

Mereka meminum sekurang-kurangnya dua sudu teh madu setiap hari selama menjalani rawawatan kemoterapi. Kepada mereka yang menderitai penyakit kanser yang sering melakukan ujian kemoterapi, adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan madu.

 

20.  Membantu Merawat Luka

khasiat madu untuk kesihatan

Imej via [Siraplimau]

Madu asli sangat berkesan untuk membunuh bakteria yang terdapat dalam luka. Sebarang luka boleh disembuhkan dengan melulur madu pada luka tersebut. InshaAllah jika sering diamalkan, luka yang dalam juga boleh kering dan sembuh dengan cepat. Selain menyembuhkan luka, ianya juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat luka yang dideritai.

Khasiat Madu untuk kesihatan

Imej via [dailyrakyat]

 

Berdasarkan semua manfaat madu diatas, sudah terang lagi bersuluh bahawa madu mempunyai lebih dari sejuta manfaat. Bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan diri dan mahukan kecantikan luar dan dalam, madulah jawapannya.

Manfaat madu terhadap kesihatan manusia sudah terkenal sejak zaman-berzaman namum harus diingatkan madu harus diambil secara bijak dan mengikut kuantiti yang secukupnya sahaja. Selamat mencuba!

Rujukan:

  1.  Manfaat
  2. Grid
  3. Intisari