Ramai dalam kalangan kita memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengahari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji buah epal. Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan di dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Selain sedap untuk di makan begitu sahaja dan dibuat sebagai masakan seperti pie atau pencuci mulut, buah epal mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan.

khasiat epal

Imej via [darahatiku]

Saidina Ali Bin Abi Thalib berkata :-

“ Apabila anda hendak memakan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan di hilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang di sebabkan oleh angin akan lenyap.”

Epal elok di makan tanpa kulit atau di masak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

 

Antara 20 Kebaikan epal untuk tubuh badan kita adalah :-

khasiat epal

Imej via [m.my.cn-cshft]

1.  Membersihkan Saluran Usus

Usus atau kolon adalah sebahagian daripada sistem penghadaman manusia. Kalau tiada usus, makanan yang kita makan tidak dapat di proses dan zat yang ada dalam makanan tidak akan sampai ke bahagian tubuh yang lain. Sekiranya usus rosak, ibarat kita sebagai tong sampah yang tidak dapat berbuat apa-apa. Selain berfungsi memproses makanan dan menyerap zat makanan, usus juga berfungsi sebagai tempat menyingkirkan bahan buangan yang tidak berguna setelah habis digunakan.

Tetapi jika ia rosak, ia mula menyerap toksin dan bahan yang dikumpulkan. Bukan lagi membuangnya dan terjadilah ketidakselesaan perut seperti angin, kembung,sembelit,naik berat badan,tidak bertenaga,lemah dan lesu,sakit kepala malah juga sakit kronik. Epal adalah satu kaedah untuk memelihara usus kita supaya lebih sihat. Dengan meminum jus epal secara kerap ia dapat memperbaiki pergerakan usus, memecahkan toksin dan memperbaiki kesihatan organ hati dan penghadaman. Mulakan awal pagi dengan segelas jus epal segar di ikuti dengan meminum air kosong 30minit kemudian. Ulang langkah ini beberapa kali sepanjang hari.

 

2.  Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung Dan Kanser

Kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang di panggil likopena. Ia adalah rahsia yang membuatkan epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang itu daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung. Likopena ini di kenal pasti dapat membantu merendahkan paras kolestrol LDL (Kolestrol jahat). Epal merah lebih tinggi kandungan likopena nya berbanding epal hijau.

 

3.  Melindungi Sendi Tulang

Tulang dan sendi merupakan bahagian yang penting pada tubuh kita di mana ketika rasa nyeri sendi terjadi, maka bergerak pun akan menjadi sakit. Ketika tulang dan sendi sakit dalam keadaan yang benar-benar parah, maka penderitanya sukar untuk bergerak.Untuk mengatasi sakit sendi pada tulang, epal adalah kaedah terbaik untuk melindungi sendi tulang kita daripada bermasalah.

khasiat epal

Imej via [pandabaca]

4.  Epal Hijau Membantu Mengekalkan Berat Badan

Epal hijau lebih rendah kalori dan tinggi kandungan serat. Secawan epal hijau hanya mengandungi 63 kalori berbanding pisang yang mempunyai 134 kalori.Prinsip menurunkan berat badan yang efektif adalah anda membakar kalori lebih banyak daripada jumlah kalori yang anda makan sehari-hari.Ramai yang mengatakan ia seuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan serta mengandungi kaloriyang rendah.

 

5.  Kandungan Serat Tinggi Dan Mencegah Makanan Berlebihan

Sebiji epal hijau mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman tubuh badan manusia. Selain mampu memberi rasa kenyang yang panjang, serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diuretik.

 

6.  Meredakan Masalah Sembelit, Sesuai Untuk Penghidap Buasir

Sukar membuang air besar, sering juga di sebut sebagai sembelit merupakan masalah yang umum. Sebahagian masyarakat menganggap ia hanyalah masalah kecil sahaja. Sukar membuang air besar ini menunjukkan bahawa pola makan/diet memerlukan lebih banyak serat dan fiber. Kebiasaanya, sembelit ini akan terjadi apabila berlakunya pendarahan dan terasa sakit ketika ingin membuang air besar. Minum air kosong dengan secukupnya juga dapat membantu sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Dengan mengamalkan pengambilan buah epal yang penuh serat ini, dapat juga melancarkan sistem pencernaan dan dapat memulihkan diarrhea.

 

7.  Anti-Kolestrol, Mengawal Kolestrol Dalam Darah Dan Bebas Lemak

Kolestrol aalah bahan berlemak yang hadir di dalam darah. Antara fungsi kolestrol adalah menghasilkan manran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia di panggil kolestrol baik. Namun, apabila seseorang itu mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam,obesiti,merokok serta minum alkohol menyebabkan kolestrol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri. Apabila kolestrol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain. Cuka epal sangat berkesan dalam pengawalan kolestrol, Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air, Minum 2 hingga 3 kali setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam kepada jus oren,jus epal atau jus kegemaran.

 

8.  Berupaya Membuang Toksik di Dalam Badan

Dalam kehidupan seharian kita pasti berbagai jenis makanan yang kita makan yang menjadikan punca toksin dalam badan tanpa kita sedari. Ramai yang tidak mengambil berat tentang toksin dan tidak menyedari akan kehadirannya biarpun tandanya ada seperti badan jadi cepat penat serta mudah mendapat perbagai jenis penyakit. Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia ataulebih senang di panggil ‘buang toksin’.

Kebiasaannya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semulajadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan,insomnia,sakit perut,gangguan pergerakan usus dan juga kembung. Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam,selsema dan elergi. Campurkan sebiji epal hijau, 1 batang kulit kayu manis dan air di dalam jag dan biarkan ia di rendam semalaman di peti sejuk, amalkan dengan meminumnya setiap hari.

9.  Risiko Kanser Rendah

Seperti kebanyakan buah, epal juga mengandungi Vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mngurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA). Kandungan seratnya dapat membantu merendahkan risiko kanser kolon. Bagaimanapun, pesakit kanser harus mengurangkan pengambilan daging merah dan makanan yang di proses di samping meningkatkan pengambilan buah-buahan yang segar.

 

10.  Melambatkan Proses Penuaan Dan Untuk Kecantikan

Sebiji epal mengandungi antioksida yang merupakan bahan yang di kenal pasti dapat menghapuskan atau melemahkan radikal bebas dengan ‘mendermakan’ elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan. Antara peranan antioksida adalah melambatkan proses penuaan dengan merendahkan paras kolestrol.

Selain bagus untuk kesihatan, epal juga baik untuk perawatan kecantikan wajah. Vitamin yang terkandung di dalam buah epal dapat membantu meremajakan kulit sehingga terlihat lebih glowing. Epal juga dapat menghindarkan kulit dari stress dan kelihatan segar.Sebagai contoh, ambil sahaja sepotong epal tanpa di buang kulit, kemudian tambahkan sedikit air dan aplikasikan pada wajah secara menyeluruh dan biarkan selama 15 minit. Terakhir bilas wajah dengan mengunakan air suam, lakukan kaedah ini secara rutin dua hari sekali untuk mendapatkan kesan.

Kelebihan yang lain juga, epal dapat membantu mencerahkan kulit dengan menggunakan masker epal yang di campur dengan madu dalam seminggu sekali untuk wajah yang cerah merona.

Epal juga dapat membantu menghilangkan jerawat pada wajah, hanya dengan menggunakan jus epal,madu dan air lemon kemudian aplikasikan pada wajah biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air suam. Hasilnya akan kelihatan sekiranya di amalkan sebanyak 2 kali seminggu.

Untuk individu yang mengalami masalah kulit kering dan kusam, boleh mencuba kaedah resepi epal ini dengan menghancurkan epal bersama dengan madu,oatmeal dan telur. Aplikasikan pada wajah dan leher. Tunggu sehingga 15 minit lalu bilas dengan menggunakan air suam. Ulangi kaedah tersebut untuk hasil yang lebih sempurna.

 

11.  Kaya dengan Vitamin A,B dan C

Memang tidak di nafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi. Maka tidak hairanlah mengapa epal di sajikan pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya di perlukan oleh tubuh badan kita. Epal mengandungi vitamin A, Vitamin B kompleks,Vitamin C serta serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.

 

khasiat epal

Imej via [liputan6]

12.  Kandungan Mineral Yang Tinggi

Epal hijau kaya dengan sumber mineral yang di perlukan untuk kesihatan tubuh badan. Sumber ini membantu meningkatkan kandungan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas dan membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam. Mineral merupakan nutrisi yang sangat di perlukan dalam tubuh dan untuk melindungi organ-organ yang penting.

Mineral berperanan dalam pembentukan struktur tulang, melancarkan peredaran darah, menjaga fungsi saraf, menghasilkan hormon serta sebagai pengatur degupan jantung. Selain itu, pembentukan dan sintesis enzim yang sangat di perlukan dalam proses biokimia di dalam tubuh juga di hasilkan oleh mineral. Fungsi lain mineral adalah menjaga kesihatan tubuh.

Terdapat 2 jenis mineral iaitu Macrominerals dan Trace Mineral. Mineral yang di perlukan oleh tubuh dalam jumlah yang besar adalah macrominerals. Yang tergolong dalam mineral jenis ini adalah kalsium,fosfor,magnesium,kalium,klorida dan sulfur. Sedangkan Trace Mineral hanya di perlukan oleh tubuh dalam jumlah yang kecil. Mineral jenis ini pula terdiri  dari zat besi, mangan, tembaga, yodium,seng,kobalt,fluoride dan selenium.

 

13.  Tinggi Anti Oksida

Epal mengandungi anti oksida yang sangat tinggi, sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu satu jenis suplemen. Antara antioksida terbaik untuk badan adalah glutathion yang amat di perlukan bagi melindungi molekul dalam badan. Glutathion di hasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik badan, menggalakkan sistem imun badan dan memelihara protein sel badan.

 

14.  Mencegah Alzheimer

Alzheimer terjadi akibat daripada kekurangan glutathione di dalam badan. Oleh itu, pengambilan buah-buahan seperti epal yang mengandungi anti oksida yang tinggi haruslah di amalkan supaya penyakit alzheimer dapat di elakkan. Satu cawan jus epal yang anda minum ketika cuaca terik boleh memperbaiki sel-sel saraf pada otak yang mengalami kerosakan, ini berpunca daripada peranan flavonoid sebagai antioksida yang kuat.

 

15.  Menyihatkan Kulit

Kulit epal itu sendiri mempunyai anti oksida yang dapat memperbaiki kulit dan mencerahkan kulit sekaligus menyihatkan kulit. Ia juga mengandungi kolagen yang dapat menghalang kerosakan dan bertindak sebagai agen anti-aging serta baik untuk keanjalan kulit.  Caranya kupas kulit epal, kisar sehingga halus dan lumurkan pada wajah untuk di jadikan sebagai masker. Gunakan kaedah masker secara teratur selama seminggu dan lihat hasilnya.

 

16.  Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Banyak masyarakat mempunyai masalah lingkaran hitam bawah mata atau eyebag. Punca adanya lingkaran ini adalah di sebabkan kurangnya tidur atau selalu tidur lewat malam. Akibat terlalu letih kerana kerja berlebihan juga adalah punca utama adanya lingkaran hitam di sekitar mata. Masalah ini hanya boleh di atasi dengan menggunakan cuka epal. Cuka epal ini mempunyai mineral, vitamin dan enzim di dalamnya.Ia juga boleh mengembalikan kesegaran padabahagian bawah mata. Hanya memakan masa beberapak hari, masalah lingkaran hitam pada bawah mata akan terus hilang tanpa anda risau lagi. Sediakan kapas yang lembab dan cuka epal sahaja. Sapukan cuka epal di sekitar bawah mata dan biarkan ia kering. Anda mesti ulangi rawatan sebanyak dua kali sehari.

khasiat epal

Imej via [alodokter]

17.  Mengatasi Masalah Kelemumur

Kelemumur terjadi di sebabkan oleh keadaan kulit kepala yang kering. Punca lain adalah daripada jangkita fungus yang di kenali sebagai malassezia.Ianya boleh di raat dengan menggunakan syampu yang mengandungi zink pyrithione yang sangat berkesan untuk merawat fungus dan bakteria. Biasanya, syampu anti kelemumurmengandungi Selenium Sulfide. Ia bertindak secara lembut dan agak lambat. Fungsinya akan melambatkan proses mati kulit kepala kita.

Cuka Epal adalah kaedah rawatan menghilangkan kelemumur. Kerana sifat asid semulajadi pada cuka epal ini akan mengubah PH pada kulit kepala kita. Ianya tidak merbahaya malahan sangat bagus untuk menghapuskan kelemmur dari terus merebak. Campurkan suku cawan cuka epal dengan suku cawan air biasa 1 : 1. Masukkan didalam botol semburan kecil dan semburkan pada kulit kepala bermasalah. Bungkus kepala dengan menggunakan tuala kering dan biarkan selama 15 minit. Lakukan sebanyak 2 kali dalam seminggu.

 

18.  Memperbaiki Pertumbuhan Rambut

Memiliki rambut yang sihat menjadi idaman setiap wanita, Namun kerana beberapa faktor gaya hidup, genetik dan diet yang salah rambut telah menjadi rosak. Pola pemakanan yang salah adalah punca kepada kerosakan rambut. Kebanyakan pengguna menghabiskan wang untuk mendapatkan produk perawatan rambut yang mahal sedangkan ia hanya boleh di gunakan dengan menggunakan bahan semula jadi sahaja. Hanya menggunakan cuka epal yang di campur bersama minyak almod dan madu. Lumurkan ke kulit kepala hingga ke hujung rambut selama setengah jam sebelumdi bilas dengan air bersih. Masker ini dapat juga membatu memperbaiki rambut bercabang dan memberikan zat yang cukup untukkekal sihat dalam tempoh masa yang panjang.

 

19.  Sesuai Untuk Ibu Hamil

Antara kebaikan epal untuk ibu hamil adalah dapat meningkatkan daya ketahanan badan semasa mengandung. Ketika hamil sangat mudah terdedah kepada pelbagai penyakit akibat daripada kekurangan pemakanan dan kurang selera makan. Kerana epal adalah sumber antioksida yang sudah tentu berguna untuk meningkatkan sistem imun dalam menghapuskan pelbagai penyakit.

Selain dari itu, ia dapat mengurangkan kesakitan semasa hamil, perut yang semakin meningkat dan terutama tekanan rahim menjadi punca kesakitan. Untuk legakan kesakitan boleh memakan epal merah atau epal hijau.

 

20.  Penjagaan Gigi

Memakan epal juga dapat membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga dapat mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.