Sengugut boleh menjadi sangat merimaskan. Ianya dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid dan merasa kesakitan yang amat sangat di bahagian bawah perut  Rata-rata wanita yang mengalaminya tidak mengetahui bagaimana untuk mengatasinya. Jom kami kongsikan petua atau tips untuk menghilangkan sengugut.

hilangkan senggugut

Imej via [Naturally Daily]

Tips Hilangkan Senggugut #1  Bertungku

Pengecutan otot rahim yang keterlaluan menyebabkan wanita merasai sengugut selain kerana ianya disebabkan oleh masalah darah beku yang terkumpul di dalam rahim. Apabila ada mengamalkan bertungku, anda dapat membantu otot rahim anda mengecut dengan lebih konsisten dan secara tidak langsung dapat juga memecahkan darah beku yang ada di dalam rahim.

Dengan bertungku, otot rahim anda akan mengecut dengan baik dan tiada lagi darah beku yang boleh menyebabkan sakit sengugut. Bertungku dapat membantu darah haid anda keluar dengan aliran yang lebih baik lalu mengurangkan kesakitan sengugut yang anda alami.

hilangkan senggugut

Imej via [mingguanwanita]

Tips Hilangkan Senggugut #2 Bertangas

Bertangas adalah mandi wap atau sauna. Selain mengamalkan tungku, anda juga boleh bertangas untuk mengurangkan sakit sengugut. Sesetengah mereka menganggap bertangas adalah amalan ketika pantang bersalin namum sebenarnya ia sangat baik diamalkan setiap kali selepas datang haid ataupun lebih disarankan beberapa hari sebelum datang bulan.

Ini kerana bertangas sangat membantu untuk melancarkan pengecutan otot rahim semasa dating bulan dan memecahkan darah beku yang terkumpul di dalam rahim.

 

Tips Hilangkan Senggugut #3 Minyak panas

Dengan sapuan minyak panas ke perut anda sewaktu mengalami sengugut, ianya sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan kesakitan sengugut yang anda alami. Alasan yang sama seperti mengamalkan tungku dan tangas, menggunakan minyak panas juga sekaligus dapat memanaskan perut dan membantu dalam pengecutan rahim yang lebih konsisten dan lebih baik.

hilangkan senggugut

Imej via [medicaldaily]

Tips Hilangkan Senggugut  #4 Berurut

Berurut juga dapat melegakan sengugut. Untuk makluman anda, terdapat dua kaedah urutan yang boleh membantu melegakan sengugut. Jenis urutan pertama adalah dengan mengurut sewaktu anda sedang dating bulan. Urutan ini lebih mujarab dilakukan menggunakan minyak panas oleh anda sendiri di bahagian perut yang terasa sakit dengan secara membulat.

Lakukan sekerap mungkin sewaktu mengalami sakit sengugut. Jenis urutan yang kedua pula adalah dilakukan oleh bidan atau tukang urut sebelum kedatangan haid. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda merasai sakit senggugut dengan cara lebih awal membetulkan kedudukan rahim anda dan meluruskan urat-urat simpul sebelum datangnya haid.

 

Tips Hilangkan Senggugut #5 Teh herba

Tahukah anda secawan teh herba panas dapat membantu melegakan dan juga mengurangkan kesakitan senggugut yang dialami? Teh herba dapat melancarkan peredaran darah dan merehatkan otot rahim, kerana itu ianya dapat menenangkan anda dari sakit senggugut. Kandungan fenolat yang terkandung dalam teh herba ini yang membantu menghilangkan kesakitan senggugut.

hilangkan senggugut

Imej via [Elite Daily]

Tips Hilangkan Senggugut  #6 Dark Chocolate

Coklat gelap sememangnya salah satu tips yang sangat berkesan untuk menghilangkan sakit senggugut  yang berlebihan dengan sangat berkesan. Coklat gelap diyakini mampu menghilangkan sengugut kerana coklat gelap ini mampu mengeluarkan hormon yang menyebabkan anda lupa tentang kesakitan yang dialami. Namum harus diingatkan anda harus mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana kerana dikhuatiri pula akan meningkatkan berat badan.

 

Tips Hilangkan Senggugut #7 Air asam jawa

Jika anda rajin mengamalkan minuman asap jawa setiap pagi semasa dating bulan, secara tidak langsung dikatakan dapat membantu menghilangkan senggugut yang kronik. Caranya sangat mudah iaitu bancuhkan sesudu asam jawa bersama segelas air suam dan diambilnya setiap pagi sepanjang kedatangan haid.

hilangkan senggugut

Imej via [RearFront]

Itulah dia sedikit sebanyak petua yang boleh membantu anda yang mengalami senggugut berlebihan. Segala tips ini haruslah dilaksanakan dengan konsisten supaya sengugut yang dialami beransur-ansur hilang. Selamat mencuba!

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature

Akar Dong quai digunakan selama lebih dari seribu tahun sebagai rempah-rempah, tonik dan ubat di Cina, Korea dan Jepun.
Tanaman ini masih sering digunakan dalam pengubatan tradisional Cina, dimana biasanya dikombinasikan dengan tumbuh-tumbuhan lainnya.

Dalam pengubatan Cina, ia sering digunakan untuk mengubati masalah reproduksi perempuan seperti dismenore (senggugut teruk akibat haid) dan meningkatkan sirkulasi darah. Oleh itu, Dong quai kadang-kadang disebut ginseng perempuan.

Image may contain: text

DONG QUAI ADALAH HERBA TERKANDUNG DALAM JUS AIMRA’A

“Sejak minum jus aimra’a tak pernah ada masalah senggugut teruk lagi. Alhamdulillah perjalanan darah pun sangat lancar sekarang. Macam dulu haid tak stabil. sekarang 6-7 hari normal period day je, sudah normal!” -Lin, Selangor

Nak Maklumat Lanjut, Wasap Klik:
wasap.my/60105012717/aimraa
wasap.my/60105012717/aimraa
wasap.my/60105012717/aimraa

No photo description available.