Tidak boleh dilihat dengan mata kasar, masalah misteri seperti sihir sememangnya melibatkan syaitan atau pertolongan dari makhluk lain sehingga menjadikan seseorang yang menggunakan sihir menjadi syirik.  Ia adalah jelas haram di sisi agama Islam kita. Tapi dalam zaman moden ini, tidak dinafikan masih banyak lagi sihir yang digunapakai.

amalan elak sihir

Definisi Sihir 1

Imam Ibn Jarir At Tabari mendefinisikan sihir di dalam kitab tafsirnya sebagai sesuatu yang dikhayalkan (disembunyikan) sehingga berlaku sesuatu yang dapat dilihat oleh mata, tetapi ia bukan hakikatnya yang sebenar. Ia adalah seolah-olah seperti memandang fatamorgana dari jauh ketika panas yang terik yang dikhayalkan dan ketika itu seolah-olah ia adalah air.

Definisi Sihir 2

Al Baidawi pula berpendapat bahawa sihir adalah sesuatu yang dihasilkan dengan cara mendekati syaitan. Hukum mengamalkan sihir jelas sekali,iaitu haram. Sihir adalah perbuatan terkutuk yang menjanjikan kepada si pelakunya dengan azab Allah s.w.t. Pelaku sihir mampu membuatkan seseorang itu merana,meretakkan hubungan antara suami isteri,bahkan membunuh. Ahli sihir meminta pertolongan jin dan syaitan. Namun hendaklah kita ingati bahawasanya apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah s.w.t dan menambahkan lagi kesesatan mereka.

Terdapat beberapa amalan elak sihir daripada Al Quran dan Hadis yang boleh diamalkan untuk mengelak dari sihir. Jom lihat antara 20 amalan elak sihir yang kami senaraikan di bawah.

amalan elak sihir

  1. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH

Nabi s.aw. bersabda yang diriwayat oleh Abu Umamah Al Bahili:

اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Maksudnya: “Bacalah Al Baqarah, karena dengan membacanya akan memperoleh barokah, dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.” [Al Bukhari/1337]

 

2.  MEMBACA DOA DAN SENTIASA MENGINGATI ALLAH SWT

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ
فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ

Maksudnya:  “Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya, kemudian dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam. Tapi apabila dia tidak mengingati Allah (bismillah dan jangan lupa mengucapkan salam) ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kamu memperoleh tempat menginap’.”[Riwayat Muslim/2018]

 

3.  BACA 3 SURAH AL IKHLAS, AL FALAQ, AL NAS(3 QUL)

قُلْ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ

Maksudnya: katakanlah (bacalah surah) Al Ikhlas, Al Falaq,Al Nas ketika petang dan pagi tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan. [Abu Daud/4419]

 

4.  MELAZIMI SOLAT JEMAAH

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ
عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ قَالَ زَائِدَةُ قَالَ السَّائِبُ يَعْنِي بِالْجَمَاعَةِ الصَّلَاةَ فِي
الْجَمَاعَةِ

Maksudnya: Tidaklah tiga orang di suatu desa atau lembah yang tidak didirikan solat berjamaah di lingkungan mereka, melainkan syaitan telah menguasai mereka. Karena itu tetaplah kalian berjemaah, karena sesungguhnya serigala itu hanya akan memakan kambing yang sendirian (jauh dari kawan-kawannya)." As-Sa`ib berkata; Maksud berjemaah adalah solat secara berjemaah. [Abu Daud/460]

 

5.  MENUTUP BEKAS MAKANAN DAN MINUMAN

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ
فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَحُلُّوهُمْ فَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا
قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ

Maksudnya:  Apabila memasuki waktu malam, maka tahanlah anak-anak kalian, karena saat itu syaitan berkeliaran, apabila malam sudah mulai larut maka lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak mampu membuka pintu yang tertutup, dan tutuplah tempat air minum kalian sambil menyebut nama Allah dan tutup bekas minuman kalian sambil menyebut nama Allah walaupun hanya dengan sesuatu yang dapat menutupinya dan matikanlah lampu-lampu kalian. [Al-Bukhari/5192]

amalan elak sihir

6. MEMBACA DOA SEBELUM JIMAK

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِيَ أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ
الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا ثُمَّ قُدِّرَ أَنْ يَكُونَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذَلِكَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا

Maksudnya: Apabila salah seorang diantara kalian hendak mendatangi isterinya (mengaulinya) hendaknya mengucapkan (doa): بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا (Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan dari anak yang Engkau rezekikan kepada kami). Kemudian ditakdirkan mereka berdua memiliki anak dari hubungan tersebut, maka anak tersebut tidak akan diganggu syaitan selamanya. [Al Bukhari/138]

 

7.  BACA ZIKIR MEMOHON PERLINDUNGAN

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan tengah hari mengucapkan;

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang membahayakan di bumi maupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatu pun. [Al Tirmizi/3310]

 

8.  BACA DOA PERLINDUNGAN

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ الْحَسَنَ وَالْحُسَيْنَ يَقُولُ أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ
وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Maksudnya;“Dahulu Rasulullah s.a.w sering mendo'akan Hasan dan Husain dengan mengucapkan:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

(Aku melindungi kalian dengan kalimat Allah -Al quran atau asma dan sifatNya yang sempurna dari setiap syetan dan binatang berbisa serta penyakit Ain iaitu berkaitan dengan dengki).

 

9.  SENTIASA MENJAGA WUDHU

مَنْ بَاتَ طَاهِرًا بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ إِلَّا، قَالَ الْمَلَكُ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا

Maksudnya: “Barangsiapa yang bersuci(berwudhu) sebelum tidur.Pada malam itu malaikat akan bersamanya.Maka tidaklah dia bangun melainkan malaikat itu mendoakannya “Ya Allah,engkau ampunkanlah fulan ini,kerana dia tidur pada malam hari dalam keadaan bersuci.” [Ibnu Hibban/1051]

 

10.  MEMAKAN KURMA AJWA TUJUH BIJI SEHARI

Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”  [ Al-Bukhari /5445]

 

Demikianlah beberapa amalan yang sabit di dalam Al Quran dan Hadis untuk kita amalkan agar terbenteng dari kejahatan sihir. Kita harus sentiasa berwaspada,namun dalam masa yang sama janganlah terlalu takut dengan sihir kerana tidak ada apa pun yang mampu memberikan kemudaratan melainkan Allah.  Bertaqwalah kepada Allah nescaya tidak ada makhluk mampu melukakanmu.

Jelas menunjukkan makan kurma ajwa juga merupakan antara amalan elak sihir yang boleh kita cuba. Kurma Ajwa madinah original dari Tanah Al-Munawarah menjadi pilihan ramai bagi individu dan pakar rawatan Islam yang menggunakan ajwa untuk perubatan Islam. Alhamdulillah Rihura juga menerima ramai pelanggan yang ingin beramal dengan Kurma Ajwa Asli Madinah untuk mencegah dan mengelak sihir. Jom amalkan Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura yang segar, sedap dan original ni!

 

amalan elak sihir

amalan elak sihir

 

amalan elak sihir

Jom amalkan Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura, Kurma Ajwa Segar stok terbaharu ditanam di Ladang Madinah. Jom amalkan pemakanan sunnah kurma kegemaran Nabi SAW.

Klik WASAP di sini untuk Kami Bantu