Seperti mana yang kita tahu kunyit adalah sejenis tanaman yang seringkali di kaitkan dengan elemen dalam masakan tetapi ada segelintir masyarakat tidak mengetahui kebaikan tumbuhan tersebut yang boleh digunakan samada dari segi kecantikan luaran mahupun dalaman. Jika zaman dahulu, kunyit ini seringkali ada dalam hidangan sebagai ulam – ulaman dan jamu tradisional kerana khasiat dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

kelebihan kunyit untuk kesihatan

Imej via [kabariku]

Nutrien yang terkandung di dalamnya mampu di jadikan penawar untuk segala penyakit, di sebabkan itu kewujudan kunyit ini tidak pernah hilang dek telan zaman berzaman. Sehingga kini tumbuhan tersebut telah menjadi terkenal di serata dunia dan permintaannya di pasaran sangat tinggi.

Antara 20 manfaat dan kebaikan yang terkandung di dalam kunyit yang dapat membantu sistem dalaman tubuh badan kita adalah :-

 

1.  Mengurangkan Kadar Kolestrol Dalam Badan

Sepertimana yang kita tahu, kolestrol adalah penyakit yang seringkali menyerang masyarakat akibat daripada pola pemakanan yang tidak betul. Oleh itu, kebanyakan pesakit menjadikan tumbuhan kunyit ini sebagai penawar.Dengan mengawal kadar kolestrol dalam badan boleh mengelakkan kita daripada mendapat penyakit lain.  

 

2.  Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Kebiasaannya, tumbuhan kunyit ini sering dibancuh bersama teh dan madu bagi pengamalnya. Ia dapat mengawal tekanan darah tinggi untuk kesihatan badan anda.

 

3.  Kanser Payudara Dan Kanser Serviks

adalah penyakit yang di takuti oleh kaum perempuan. Kunyit salah satu penawar bagi mencegah Kanser Payudara dan Kanser Serviks. Olahan untuk menu minuman seperti di campur bersama dengan keladi putih yang dipotong dan di rebus bersama-sama di amalkan dengan minum air rebusan tersebut untuk sembuhkan penyakit yang di hadapi. Dengan mengamalkan air rebusan, ia bukan sahaja dapat menghentikan bahkan dapat membunuh sel kanser tersebut.

 

Imej via [rasa]


Manfaat Lain Kunyit

  • Pesakit yang menghadapi penyakit buasir juga boleh mengamalkan dengan meminum air rebusan kunyit.
  • Kunyit boleh bertindak sebagai penyahtoksik untuk hati, ia juga boleh merangsang serta memulihkan sel hati yang rosak dan dapat memulihkan sistem peredaran dalam badan. Semua ini dapat membantu kesihatan dan kestabilan fungsi hati.
  • Kunyit mengandungi satu bahan yang di namakan ‘curcumin’ yang memainkan peranan yang penting kepada kesihatan jantung. Anti-oksida dan anti-radang yang terkandung didalam curcumin tersebut memainkan peranan utama dalam mengurangkan kadar sakit jantung sebanyak 65% ( kepada pengamal kapsul curcumin)

Imej via [picswe]

  • Kunyit juga mampu mengatasi bakteria yang menjadi penyebab keputihan yang tidak normal pada wanita.Kunyit adalah bahan antibiotik semulajadi. Penyembuhan boleh dilakukan dengan meminum air rebusan kunyit, selelok eloknya ibu kunyit untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.
  • Untuk bayi, amat sesuai petua ini dengan mencalitkan sedikit kunyit hidup pada bahagian batang hidung mereka bagi mengurangkan selsema dan meredakan demam.Kesannya seolah olah sapuan vicks dan menyamankan nafas.
  • Penghidap asma boleh menggunakan air rebusan kunyit sebagai rutin minuman harian untuk salah satu alternatif penyembuhan asma.
  • Kunyit boleh dijadikan sumber produk perlangsingan badan kerana ia dapat membantu dalam proses diet bagi mereka yang ingin mengurangkan masalah berat badan. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.

 

Imej via [kompesslifestyle]

  • Mengandungi anti bakteria yang kuat di dalam kunyit, ia dapat juga membantu menguatkan stamina dan tenaga dalam badan. Kominasi kunyit dan madu sangat bersesuaian dan diminati oleh golongan berusia dalam menu minuman mereka bagi meningkatkan stamina.
  • Kecantikan pada wajah menjadi idaman pada setiap wanita, sesetengah golongan wanita lebih berminat menggunakan bahan semulajadi kerana kosnya yang lebih murah dan mudah di jumpai. Bagi individu yang seringkali mengalami masalah jerawat, kaedah ini sangat mudah dengan hanya menggunakan kunyit di campur dengan yogurt asli atau madu dan di jadikan masker pada wajah. Kaedah ini dapat membantu mengurangkan masalah jerawat sekiranya dilakukan secara konsisten.
  • Kunyit juga dapat mengatasi masalah kulit berminyak pada wajah. Campuran kunyit bersama lemon atau jus limau di urut pada muka dalam 15 minit kemudian bilas bersama air suam.

 

Imej via [projekmm]

  • Skrub muka juga boleh di hasilkan dengan menggunakan kunyit yang di campur bersama dengan rendaman beras yang ditumbuk halus bersama susu. Urut pada wajah perlahan-lahan dan amalkan kaedah ini 2 atau 3 kali seminggu untuk mengurangkan sel kulit mati di samping dapat mencerahkan kulit.
  • Kandungan nutrisi yang terdapat di dalam kunyit mampu mengatasi kerutan dan memudarkan kerutan pada wajah. Campuran kunyit bersama tepung beras juga boleh di gunakan sebagai salah satu masker.
  • Kunyit juga mampu mengatasi masalah kulit kering pada wajah. Campurkan kunyit bersama sebiji telur, sedikit minyak zaitun dan jus lemon lumurkan pada wajah dan wajah akan kelihatan lembap setiap kali di lakukan.
  • Idea untuk menjadikan kunyit sebagai krim tidur boleh dilakukan, 3 bahan iaitu kunyit, susu dan yogurt di campurkan bersama. Pakai setiap malam dan keesokan hari hanya bilas bersama pembersih muka. Hasilnya kulit akan cerah dan sihat.
  • Ramai yang tidak mengetahui bahawa kebaikan kunyit juga mampu memudarkan parut pada kulit kita. Ia juga mampu memulihkan kulit yang mengalami luka atau kesan kebakaran.
  • Di samping ia boleh di jadikan sebagai agen pewarna rambut, khasiat yang terkandung di dalamnya juga mampu untuk memelihara kesihatan dan kekuatan rambut.
  • Kunyit juga mampu untuk menghaluskan permukaan kulit kasar pada bahagian siku dan tumit.

 

 

20 Kebaikan kunyit ini dapat membantu di dalam tubuh badan kita samada dari segi luaran atau dalam. Manfaatkanlah untuk meningkatkan fungsi tubuh dan kesihatan kita. Cara penggunaannya boleh di buat dengan pelbagai cara. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak mengamalkan penggunaan kunyit ini.