Habbatussauda juga dikenal dengan nama lain iaitu Jintan Hitam. Ianya sejenis tanaman yang memiliki khasiat yang luar biasa serta sangat baik untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan. Habbatussauda sering ditemukan di negara Indonesia dan telah digunakan dalam perubatan sejak berabad lamanya. Tidak hanya terkenal di Indonesia, kini Habbatussauda sudah mulai terkenal di seluruh pelusuk negara kerana dipercayai sangat mujarab untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Hadith sahih Bukhari ada menyebut “Habbatussauda ada penawar kepada segala penyakit kecuali mati”. Jika tiada sakit atau sebab sekalipon, kita masih disarankan untuk mengambil habbatussauda secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi iaitu Rasululah S.A.W. Mari kita ikuti beberapa fakta menarik tentang Habbatussauda yang wajib kita ketahui.

kelebihan habbatussauda

Imej via [bidadari]

1.   Mengubati Asma

Ramai menganggap penyakit asma adalah sesuatu yang tidak serius. Asma adalah penyakit yang menyebabkan kesukaran bernafas. Asma harus dirawat segera untuk mengelakkan ianya menjadi lebih parah di masa akan datang. Namun ada petua yang boleh diamalkan menggunakan bahan semulajadi seperti habbatussauda untuk merawat penyakit ini. Oleskan saja minyak habbatussauda di dada dan punggung. Minyak habbatussauda juga boleh diambil sebagai minuman setiap pagi untuk kesan yang lebih baik.

 

2.   Mengurangkan Sakit Punggung Atau Otot

Jangan ambil remeh sekiranya sakit sendi atau punggung. Hal ini sudah tentu menjejaskan aktiviti harian kita. Kita sering merasa sakit sendi seperti kaku atau kebas setelah lama tidak bergerak. Ianya dapat diatasi dengan memanaskan minyak habbatussauda lalu dioleskan kepada bahagian tubuh yang mengalami sakit sendi atau otot. Lakukan 3 kali sehari untuk mengurangkan sakit punggung atau otot-otot sendi anda.

 

3.    Mencegah Diabetes

Penyakit diabetes sangat membimbangkan ramai manusia bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara juga. Bukan sahaja pakar islamiah tetapi pakar-pakar barat  juga turut mengakui penggunaan habbatussauda yang konsisten dalam kehidupan seharian dapat merawat dan mencegah diabetes. Habbatussauda mengandungi minyak, alkaloid dan minyak atsiri yang sangat berperanan penting untuk manusia. Untuk mendapatkan minyaknya, biji habbatussauda haruslah diekstrak terlebih dahulu. Minyak habbatussauda ini boleh diminum setiap hari sebelum sarapan sekurang-kurangnya sebulan untuk kesan yang lebih baik.

 

4.    Merawat Diarrhea

Ujian klinikal mendapati habbatussauda dapat merawat diarrhea atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit cirit-birit.  Cirit-birit adalah apabila kita kerap membuang air besar berbanding biasa dan ianya terjadi melalui makanan dan air yang tercemar. Habbatussauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti e.coli, v.cholera dan spesis shigella. Kerana itu, habbatussauda sangat baik dan digalakkan penggunaannya untuk mereka yang menghidap cirit-birit atau masalah-masalah perut yang lain.

 

5.   Merawat Batuk Kering

Batuk kering atau nama saintifiknya Tuberkulosis(TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang selalunya menjangkiti paru-paru seterusnya mengakibatkan batuk kering. Habbatussauda juga baik dan sangat bagus untuk merawat penyakit batuk kering ini. Campurkan saja setengah sudu kecil minyak Habbatussauda dengan segelas kopi. Sedia diminum dua kali sehari waktu makan. Minyak habbatussauda juga boleh disapu dan digosok di dada untuk mempercepatkan penyembuhan batuk kering.

Imej via [dream]

6.    Membantu Menghilangkan Selsema Dan Hidung Tersumbat

Menghadapi selsema dan hidung tersumbat pasti sangat tertekan. Selsema biasa menyebabkan banyak orang datang berjumpa doktor namun siapa sangka sebenarnya ada cara semulajadi untuk mengatasi masalah ini yang ramai tidak tahu. Suatu ulasan dari ilmu pakar-pakar doktor setempat menampilkan bahawa kandungan yang terdapat dalam habbatussauda dapat mengubati selsema dan hidung tersumbat. Titiskan sedikit minyak habbatussauda kedalam lubang hidung yang tersumbat dan nantikan hasilnya.

 

7.    Menghilangkan Uban Di Rambut

Kehadiran uban di kepala pasti sangat membimbangkan dan mencacatkan penampilan anda terutamanya terhadap kaum wanita muda yang sangat  menitikberatkan soal penampilan dan kecantikan. Tahukah anda formulasi habbatussauda terdapat banyak manfaat untuk tujuan menghilangkan uban di kepala. Ekstrak habbatussauda adalah raja segala ubat. Oleskan saja minyak habbatussauda ke rambut setiap malam minimum 7 hari untuk melihat kesannya. InshaAllah dengan mengamalkannya uban akan beransur hilang dan katakan “Selamat Datang” kepada rambut yang cantik dan berkilau.

 

8.    Merawat Rambut Gugur Dan Melebatkan Rambut

Sekiranya mahukan rambut yang lebat dan sihat yang bebas dari masalah keguguran, anda boleh mencampurkan minyak biji habbatussauda dengan minyak zaitun. Sapukan campuran minyak itu tadi ke kepala sekerap mungkin. Petua lain yang boleh diamalkan adalah mencampurkan minyak habbatussauda dengan lemon dan gosokkan di kulit kepala selama 15minit, kemudian bilas lalu keringkan rambut. Selain itu, mengambil satu sudu teh minyak habbatussauda bersama teh atau kopi juga baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.

 

9.  Merawat Alahan

Kehebatan habbatussauda turut diperakui oleh seluruh cendekiawan islam tentang keberkesanannya merawat pelbagai penyakit termasuk alahan. Penggunaan minyak habbatussauda dalam tempoh yang lama boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh seterusnya menghindarkan diri dari terkena sebarang alahan. Minyak habbatussauda dihasilkan dari pohon yang dikenali sebagai Nigella Sativa iaitu sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Nigella Sativa yang mengandungi asam lemak tak jenuh inilah yang dapat mengubat alergi.

kelebihan habbatussauda

Imej via [amazon]

10. Menghilangkan Sakit Kepala

Terdapat banyak amalan dan pengubatan yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. Salah satunya tentang khasiat habbatussauda. Habbatussauda juga sangat bagus digunakan untuk menghilangkan sakit kepala. Masih banyak orang yang tidak mengetahui petua ini. Minyaknya boleh digunakan dengan menggosoknya di dahi dan di belakang telinga untuk melegakan sakit kepala.

 

11.  Meningkatkan Daya Ingatan Dan Konsentrasi

Habbatussauda mengandungi asid linoleik iaitu omega 3 dan 6. Nutrisi yang terkandung di dalamnya ini sangat berguna untuk sel otak. Ianya mampu meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak. Habbatussauda membantu memperbaiki peredaran darah ke otak dan sangat sesuai diamalkan sedari kecil.

 

12.  Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Habbatussauda sangat membantu untuk meningkatkan kesuburan lelaki.  Ianya didapati dapat meningkatkan kuantiti sperma di dalam air mani lelaki dan meningkatkan paras hormon testosteron. Bagi mereka yang sedang merancang memiliki zuriat, disarankan sang suami mengambil suplemen habbatussauda. Paras hormon testosteron yang meningkat hasil pengambilan habbatussauda membantu sang suami untuk terus bertenaga dan bersemangat.

kelebihan habbatussauda

Imej via [cahaya wahyu]

13.  Meneutralkan Racun Dalam Tubuh

Racun atau bakteria yang terkumpul di dalam badan boleh jadi sangat memudaratkan. Ianya boleh mengganggu metabolisma badan dan menjejaskan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Racun dapat menyebabkan pelbagai  gejala sakit seperti gangguan pernafasan maka dengan itu kita sangat disarankan untuk mengambil habbatussauda. Habbatussauda mengandungi saponin atau glukosida yang dapat membersih dan meneutralkan badan dari segala racun.


14. Mengatasi Penyakit Sukar Tidur Atau Stress

Penyakit sukar tidur atau bahasa saintifiknya insomnia boleh menjadi sangat membimbangkan. Untuk mengatasinya, anda bolehlah mencuba mengamalkan habbatussauda. Habbatussauda yang mengandungi saponin memiliki fungsi untuk mempengaruhi karbohidrat,protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi ginjal, jantung, tubuh dan urat saraf yang boleh memberi kualiti tidur yang sempurna. Saponin yang terdapat dalam habbatussauda berfungsi untuk mempertahankan diri dari gangguan tidur dan membantu menghilangkan stress.


15. Mengatasi Resdung

Resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang juga dikenali sebagai sinus. Sinus adalah ronga-ronga yang terdapat dalam tulang muka di mana ianya bersambung dengan hidung melalui saluran yang sangat kecil. Dengan memakan biji habbatussauda minimum selama 6bulan, InshaAllah masalah resdung dapat diatasi. Habbatus sauda kaya dengan asid lemak tidak tepu, bahan itulah yang membantu menjadi penawar banyak penyakit termasuklah resdung.

kelebihan habbatussauda

Imej via [viva]

16. Memperbaiki Saluran Pencernaan Dan Antibakteria

Habbatussauda mengandungi minyak ajaib yang dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai atsiri dan volatif, ianya banyak diketahui untuk memperbaiki pencernaan. Menurut kajian Jurnal Farmasi Pakistan mencatatkan minyak atsiri dan volatif yang terkandung dalam habbatussauda dapat membunuh bakteria selain baik untuk saluran pencernaan. Habbatussauda lebih berkesan daripada ubat antibiotik sebagai agen antibakteria tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang rahsia ini. Jadi selepas ini, anda bolehlah menggantikan ubat antibiotik dengan habbatussauda sebagai alternatif lain.



17.  Melancarkan Air Susu Ibu

Asid lemak tidak tepu di dalam habbatussauda dapat melancar dan memperbanyak susu ibu. Hal ini telah dibuktikan melalui banyak Universiti perubatan yang turut menyokong fakta ini. Amalan mengambil habbatussauda secara kerap membantu meningkatkan kasih sayang antara ibu dan anak melalui pengeluaran susu yang lancar. Si ibu juga harus memastikan teknik penyusuan yang betul supaya bayi terus dapat menikmati khasiat susu si ibu.



18. Tambahan Nutrisi Pada Ibu Hamil

Untuk membesar dengan baik, anak dalam kandungan memerlukan nutrisi yang cukup untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara menyeluruh. Kandungan omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang terkandung dalam habbatussauda adalah amat baik untuk diambil oleh ibu-ibu hamil. Nutrisi ini sangat membantu dalam perkembangan otak si bayi. Maka ibu-ibu hamil jika mahukan anak yang dilahirkan kelak sihat dan bebas penyakit, bolehlah mengamalkan habbatussauda dalam kuantiti yang mencukupi.

kelebihan habbatussauda

Imej via [idealmart]

19.  Meremajakan Kulit Dan Melambatkan Penuaan

Habbatussauda merupakan jamu tradisional sejak turun temurun dan telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu. Tumbuhan kni juga dikenali sebagai “blessed seed”. Ramai tidak tahu yang habbatussauda juga jika diamalkan selalu dapat melambatkan proses penuaaan. Caranya mudah sahaja. Anda boleh mencampurkan satu sudu makan minyak habbatussauda dengan satu sudu makan minyak zaitun. Oles dan sapukan rata di wajah selama lebih kurang sejam sebelum dibasuh dan dibersihkan.




20.  Membantu Meningkatkan Tahap Penglihatan

Habbatussauda memiliki lebih dari 100 zat yang terkandung di dalamnya seperti protein, karbohidrat, vitamin B3, lemak penting dan juga minyak. Gunakan minyak habbatussauda di kelopak mata dan sekelilingya setengah jam sebelum tidur. Untuk kesan yang terbaik, campurkan satu sudu teh minyak habbatussauda di dalam jus lobak merah bagi meningkatkan kesihatan mata. Jika selalu mengamalkannya, InshaAllah hasilnya akan terlihat dalam tempoh sebulan.

Rujukan:

1.  openulis
2.  academia